Terma Pembelian
Anda bersetuju dengan perkara-perkara berikut:
Saya mengakui bahawa permohonan ini tertakluk kepada tempoh bertenang selama sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh pengesahan pembayaran berjaya seperti yang dimaklumkan kepada saya melalui emel ("Tempoh Bertenang").
Saya mengakui bahawa saya berhak menerima bayaran balik Fi Program, dengan syarat saya tidak menggunakan sebarang manfaat Program (termasuk tetapi tidak terhad kepada konsultasi pergigian, rawatan, perkhidmatan makmal atau sebarang manfaat tambahan di bawah Program) sepanjang Tempoh Bertenang tersebut.
Saya mengakui bahawa pembatalan Program adalah tidak dibenarkan sama sekali selepas tamat Tempoh Bertenang, dan MetaFin tidak akan bertanggungjawab untuk memulangkan sebarang bahagian daripada Fi Program kepada saya.
Saya dengan ini memberi kuasa kepada MetaFin Sdn Bhd atau mana-mana ejen kutipan berkaitan yang diberi kuasa untuk mengenakan caj ke atas kaedah pembayaran yang dinyatakan di atas (kad kredit, kad debit, e-wallet, skim Buy Now Pay Later atau sebarang kaedah pembayaran yang berkenaan) ("Kaedah Pembayaran") bagi Fi Program yang berkenaan yang perlu dibayar kepada MetaFin Sdn Bhd.
Sekiranya saya memilih Buy Now Pay Later sebagai kaedah pembayaran, pembayaran Buy Now Pay Later tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat Program MetaFin Sdn Bhd dari semasa ke semasa.
Sekiranya terdapat perubahan pada Fi Program berikutan semakan oleh penyedia, saya dengan ini memberi kuasa kepada MetaFin untuk mengenakan caj ke atas Kaedah Pembayaran yang dinyatakan di atas dengan jumlah yang telah disemak semula.
Sekiranya pembayaran melalui Kaedah Pembayaran yang dipilih ditolak atas apa jua sebab, manfaat Program akan dibatalkan secara automatik. MetaFin tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan yang timbul selepas itu, dan saya dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi serta memastikan MetaFin dan ejen-ejennya yang diberi kuasa terus dilindungi daripada sebarang liabiliti dan/atau tuntutan yang mungkin timbul selepas pembatalan tersebut.
MetaFin berhak, atas budi bicaranya sendiri, untuk meminda, memadam, atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa.
MetaFin adalah platform teknologi neutral yang memudahkan akses kepada CBP My Dental Care yang disediakan oleh Inova Care Sdn. Bhd. MetaFin tidak menyediakan, mengesahkan, atau menjamin rawatan pergigian, keputusan makmal, atau hasil klinikal. Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan hendaklah ditujukan kepada Inova Care atau klinik panel masing-masing.